Pantun |
Sumber |
Tema |
Apa guna membeli kerang, Bila tidak dapat direbus; Apa guna menjadi orang, Bila akhlak tidak lurus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yang lurus biarlah lurus, Supaya tidak menjadi bengkok; Orang kurus biarlah kurus, Supaya tidak iri orang gemuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jalan lurus bersambung tidak, Sambungnya terus ke Delima Batu; Abang jauh bertemu tidak, Adik jauh yang mana satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nona ada papaya tidak, Bunga ros duri berkait; Benar ada percaya tidak, Telunjuk lurus kelingking berkait. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sifat kayu kecil dan besar, Ada yang lurus ada yang tidak; Adat Melayu adil dan benar, Bila diputus pada yang hak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Nona ada papaya tidak, Bunga ros duri berkait; Benar ada percaya tidak, Telunjuk lurus kelingking berkait.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 579 Once a thief, always a thief Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ”Once a thief, always a thief”. Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga ''. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|