Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang memukat pagi dan petang, Tak sempat pagi memukat malam; Orang beradat berhati lapang, Diumpat dikeji tidak mendendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tidak mudah merentang pukat, Pukat direntang pagi dan petang; Tidak mudah memegang adat, Adat dipegang dengan hati lapang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Supaya rumah tidak bergoyang, Diberi tiang kecik dan besar; Supaya langkah tiada menyilang, Hati lapang adil dan benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
|