Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Lama tidak ke ladang puan, Padi ditanam dengan jagung, Lama tidak memandang tuan, Hati beramuk dengan jantung. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sudah lama tidak ke rimba, Pandan berbuah sudah kini; Sudah lama tidak berjumpa, Badan berubah sudah kini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sudah lama tidak ke ladang, Lebih padi dari kangkung; Sudah lama tidak terpandang, Hati beramuk dengan jantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah lama tidak ke rimba, Balam beranakkan anak merbah, Hinggap di daun bersela-sela; Sudah lama tidak berjumpa, Dendam tidak akan berubah, Dianggap baru bagai semula. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sudah lama tidak ke ladang, Tinggi rumput dari padi; Sudah lama tak tengok abang, Rasa luluh di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sudah lama tidak ke ladang, Habislah kangkung melilit padi; Sudah lama saya tak pandang, Habislah jantung melilit hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila meniup tidak cermat, Salah-salah tangan terbakar; Apabila hidup tidak berhemat, Lama-lama badan terkapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lama tidak pergi ke ladang, Burung turun ke batang padi; Kuharap umur panjang, Bila kita dapat berjumpa lagi? | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Lama tuan tidak ke ladang, Habis padi dililit kangkung; Lama tuan tidak dipandang, Rasa putus mahligai jantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Sudah lama tidak ke ladang, Lebih padi dari kangkung; Sudah lama tidak terpandang, Hati beramuk dengan jantung.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 201 Every flow must have its ebb Kesenangan atau kemewahan yang dirasai lazimnya tidak kekal lama. Esok lusa pasti datang kesusahan. Ada pasang surutnya He came into fortune but he forgot easily. I'd helped him a lot but he treated me like a dog. I told myself, every flow must have its ebb. One day, he would realize that nothing lasts forever. Dia tiba-tiba meraih kekayaan tetapi dia mudah lupa. Aku telah banyak membantunya tetapi dia melayani aku seperti anjing. Aku berkata pada diriku, ada pasang surutnya . Satu hari nanti, dia akan sedar bahawa semuanya ini tidak kekal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|