Pantun |
Sumber |
Tema |
Tidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apabila kaki kena sembilu, Dibawa berjalan tidak menelap; Apabila hati tiada bermalu, Binasa iman rosaklah adab. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana kaki tak kena lumpur, Bila berjalan tidak berkasut; Bagaimana hati tindakkan kotor, Bila perjanjian tidak diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sungguh banyak orang menangguk, Tangguk tidak ada yang kena; Sungguh banyak orang yang mabuk, Mabuk itu tiada berguna. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kain pelikat lipat empat, Mari letak atas peti; Mana saya tidak lompat, Minta kena pada hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila mata tidak menampak, Cepat turun tentu terjatuh; Apabila suka lagak-melagak, Lambat-laun kan kena pelupuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana orang hendak belayar, Kemudi rosak kena gelombang; Bagaimana abang hendak bersabar, Janjimu tidak dapat dipegang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Sakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 394 Misfortunes never come singly Malang sering kali datang bertimpa-timpa Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula. It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people. Kata orang, sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|