Pantun |
Sumber |
Tema |
Malam ini malam Selasa, Digulai itik sama angsa; Jika tidak cukup periksa, Harta habis badan binasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apabila cukup bilangan hari, Berjanji tidak berhelah lagi; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya tidak berbelah lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Banyak terdapat di kedai Jamilah, Cukup tahun jualan murah; Tidak tercucuk jarum sebilah, Jati diri tidak rasuah. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Cukup tahun jualan murah, Kain berlonggok berguni-guni; Jati diri tidak rasuah, Susah dicari di masa ini. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kalaulah cukup membawa bekal, Berjalan jauh tidakkan rugi; Kalaulah hidup sempurna akal, Dengan musuh pun tidak cemburu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Selangit bintang berkedip-kedipan, Redup tidak cahaya bulan; Sedikit pertolongan tuan berikan, Cukup besar kami rasakan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Orang pemukat pandai menjala, Cukup banyak mendapat rezeki; Abang ibarat bangkai bernyawa, Hidup pun tidak berguna lagi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Sirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik.
Lihat selanjutnya... |
|