Pantun |
Sumber |
Tema |
Rumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Rumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jika dayung tidak kuat, Dibawa belayar tidak berguna; Jika kampung tidak beradat, Celakanya besar balak menimpa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rumah besar sasak tidak, Apa sasak daun buluh; Tuan bujang berbini tidak, Apa cacat dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apa guna seguni dedak, Hendak kuhanyut di rakit buluh; Tubuh besar berbininya tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bagaimana batang kan besar, Dahannya layu tidak berdaun; Bagaimana abang kan sabar, Sebulan menunggu rasa setahun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa guna melompat pagar, Bila kaki awak tersangkut; Apa guna bercakap besar; Bila janji tidak diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal besar dua pemeluk, Ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Manakan dapat bunga yang elok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Puisi |
---|
|
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.
Lihat selanjutnya... |
|