| Pantun | 
    Sumber | 
    Tema | 
   
  | Berani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |  
  | Bila bintang tidak berseri, Itulah tanda hari kan hujan; Apabila abang tidak peduli, Tentulah hamba mencari kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Belum mandi sudah bertandang, Tentulah muka tidak berseri; Belum berjanji sudah meminang, Tentulah hamba tidak peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Jikalau bintang tidak bersinar, Tentulah langit tiada berseri; Jikalau abang tak mahu bersabar, Berpisahlah kita sampai di sini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |  
  | Daun pandan hijau berseri, Dicampur dengan harum setanggi; Seri Dewi namanya puteri, Tidak lelap sampai ke pagi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |  
  | Sesak nafas kerana jerebu, Nafas semput tidak terperi; Hujan kuimpi matahari kurindu, Inginku lihat langit berseri. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    
     
   
      
                 |