| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Sudahlah periuk tidak berisi Terbuang pula isi belanga; Sudahlah teruk digasak bini, Ditentang pula oleh mentua. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sejak periuk tidak berisi, Anak menangis terbuntang lapar; Sejak beruk kematian bini, Banyaklah gadis datang melamar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Pandan berbunga pandan, Pandan berlipat tidak berisi; Harum juga bunga pandan, Harum di tangan kami tangisi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Apa guna kepuk di ladang, Jikalau tidak berisi padi; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Dapat udang di tepi paya, Kerana lukah tidak berisi; Teringat abang hati kecewa, Kerana sudah lepaskan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Apa guna mandi berenang, Bila berjalan menepi-nepi; Apa guna pergi meminang, Bila tangan tidak berisi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Saya malas berkepuk ladang, Kepuk tidak berisi padi; Saya malas berambut panjang, Sebab tidak berani mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
| Sudahlah sampai tidak berisi, Ditambah pula perahu bocor; Sudah pesan tidak dinanti, Ketika bersua tidak menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Mengapa makan tidak bernasi, Kerana periuk belum dijerang; Mengapa badanku tidak berisi, Kerana mabuk menunggu abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Puisi |
|---|
|
Apa guna kepuk di ladang, Jikalau tidak berisi padi; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari.
Lihat selanjutnya... |
|