Pantun |
Sumber |
Tema |
Adik manis memakai tudung, Berbaju tebal menahan dingin; Tidak berilmu ibarat gelembung, Ke sana sini membawa angin. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Andainya gelap tidak berlampu, Tentulah takut membawa peti; Andainya hidup tidak berilmu, Tentulah perut tiada berisi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila pelita tidak bersumbu, Tidakkan dapat dibuat suluh; Apabila dada tidak berilmu, Banyaklah sifat tidak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau perahu tak ada pedoman, Tidak siang malam kan larat; Kalau berilmu tidak beriman, Banyak orang karam di darat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Untuk apa meramu samak, Kalau tidak sama pangkalnya; Untuk apa berilmu banyak, Kalau tidak ada amalannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
|