Pantun |
Sumber |
Tema |
Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Buah langsat kuning mencelah, Sayang senduduk berbunga pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang Jawa bersampan panjang, Sarat muatan antah padi; Kalau sudah berkasih sayang, Ilmu tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang pemukat pandai menjala, Cukup banyak mendapat rezeki; Abang ibarat bangkai bernyawa, Hidup pun tidak berguna lagi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Habislah benih dimakan belalang, Ladang pun semak tiada berpadi; Habislah kasih dipermainkan orang, Sayangnya tidak berguna lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tinggi bukit gunung Mak Buah, Anak pelanduk berlari-lari; Kalau dah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Sayang tidak berguna lagi, Hujan lebat arus berduri; Saya tidak kempunan lagi, Sudah dicapai di hujung jari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Parang puting tidak berhulu, Kerananya tidak berguna lagi; Orang merunsing tidak bermalu, Kerananya banyak saudara benci. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah nangka dimakan burung, Busuk tidak berguna lagi; Sudah lama badan terkurung, Abang tidak bersua lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Sungguh rapat belimbing berbuah, Dipetik budak waktu pagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 336 Love is blind Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi. Cinta itu buta She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|