| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Naik rakit bersila panggung, Patah galah batang keladi; Kalau sakit nak minta tolong, Mentekedarah tidak bergigi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Berangan diisi dalam timba, Pauh rambutan tepi perigi, Jangan mimpi gagak di rimba, Jatuh rambut tidak bergigi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Sultan Mahmud mangkat dijulang, Bunyi khabar di Kota Tinggi; Sungguh tuan rimau garang, Ada juga tidak bergigi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Selama tidak berperigi lagi, Punai merbah tercari-cari; Selama tidak bergigi lagi, Petai dikunyah pandai menari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Walaupun kuda tidak berdiri, Cicak menggigit ditendang juga; Walaupun tua tidak bergigi, Banyak duitnya dipinang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sungguh gagah bergigi utuh, Mengunyah tulang tidak bererti; Sungguh tabah hati si lumpuh, Dilapah orang tidakkan lari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Sungguh beruntung bergigi rata, Makan mempelam tidak diluluh; Sungguh beruntung berlaki buta, Berjalan malam tidak bersuluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
| Puisi |
|---|
|
Sultan Mahmud mangkat dijulang, Bunyi khabar di Kota Tinggi; Sungguh tuan rimau garang, Ada juga tidak bergigi.
Lihat selanjutnya... |
|