| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Gemai ini gemai Cik Munah, Dalam berisi lada muda; Zaman ini zaman si tuah, Kalau mati pun tidak berdosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Banyaklah orang merasa lapar, Kerana tidak tahu memasak; Banyaklah orang berdosa besar, Kerana melawan ibu dan bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Banyaklah orang merasa lapar, Kerana tidak tahu memasaknya; Banyaklah orang berdosa besar, Kerana melawan ibu dan bapaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
|