Pantun |
Sumber |
Tema |
Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Telah lama orang menyimpai, Untuk penguat pasak pedati; Sudah lama abang mengintai, Untuk mendekat tidak berani. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apalah guna pakai kasut, Duri apa lekat di kaki; Apalah guna ilmu dituntut, Jika tidak berani mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Raja Brooke hilir belayar, Memberi tabik gudang kompeni; Kepala tunduk menahan sabar, Hendak bercakap tidak berani. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Anak itik bulu lentik, Hendak mandi kolam terani; Tengok bunga setangkai cantik, Hendak memetik tidak berani. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dapat itik baru beranak, Anak tercebur ke dalam kuali; Teringat adik dadaku sesak, Awak menegur tidak berani, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kapal sudah pergi belayar, Membeli padi gudang kompani; Bukanlah tunduk menahan sabar, Akan ku berkata tidak berani. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati; Apa guna untungnya abang, Adik tidak berguna lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika tidak benih tumbuh, Jangan dicabut selasih dulang; Kalau tidak berani sungguh, Jangan direbut kekasih orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 490 Do right and fear no man Tidak takut untuk bertindak atas nama kebenaran Berani kerana benar, takut kerana salah I'm not afraid to reveal all malpractices that have been commited in this ministry and I am willing to face te consequences. Do right and fear no man, but fear God. Saya tidak gentar untuk mendedahkan segala penyelewengan yang dilakukan dalam kementerian ini dan saya sanggup menghadapi akibatnya. Berani kerana benar, takut kerana salah, dan takut akan Tuhan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|