Pantun |
Sumber |
Tema |
Bukan benar bangsa Yahudi, Dia benar kafir melaun; Jika terkenang sebarang budi, Tidak kukenang seribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Kalau benar janganlah tidak, Hendak mengail jauh ke darat; Kalau tidak kerana kehendak, Janganlah saya jadi melarat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gendang ada tamburnya tidak, Bunyinya mari arak-arakan; Baik benar berbuat tidak, Dendam rindu boleh dibacakan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nona ada papaya tidak, Bunga ros duri berkait; Benar ada percaya tidak, Telunjuk lurus kelingking berkait. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Bulan cerah bersinar benar, Cahayanya cerah sampai ke pintu; Cuba cubit abang nak kenal, Lainkah tidak dari dahulu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Supaya rumah tidak bergoyang, Diberi tiang kecik dan besar; Supaya langkah tiada menyilang, Hati lapang adil dan benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pokok senduduk di luar pagar, Sungguh berbunga tidak berbau; Satu sungguh kedua benar, Masuk ketiga saya tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Besar buah kerana subur, Bila masak tentu perisa; Benar petuah berkata jujur, Bila tidak tentu binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sifat kayu kecil dan besar, Ada yang lurus ada yang tidak; Adat Melayu adil dan benar, Bila diputus pada yang hak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Kalau benar janganlah tidak, Hendak mengail jauh ke darat; Kalau tidak kerana kehendak, Janganlah saya jadi melarat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 428 Nothing is impossible to a willing heart Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|