Pantun |
Sumber |
Tema |
Waktu subuh orang terjaga, Sudah solat pergi berburu; Malu sungguh abang ke sana, Kukirim surat ganti tubuhku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun beruk sudah terlena, Anak menangis terjaga lagi; Walaupun datulah tua bangka, Banyaklah gadis setia menanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ambillah kayu buatlah pagar, Pagar selesai ternak terjaga; Ambillah guru bersifat benar, Benar perangai akhlak mulia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Gunung Saga Gunung Banang, Bukit Pengaram kelihatan indah; Bila terjaga selalu terkenang, Hati di dalam semakin gundah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Semak halaman berpagar buluh, Tanam kundur ulam pegaga; Emak bapa asyik bergaduh, Anak tidur asyik terjaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| jaga (kata kerja) | Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;, | | Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga, |
|
|