Pantun |
Sumber |
Tema |
Biarlah orang memasang rebung, Rebung itu banyak malangnya; Biarlah orang berlagak sombong, Sombong itu banyak malangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan suka menetak rebung, Rebung itu banyak bulunya; Jangan suka berlagak sombong, Sombong itu banyak musuhnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yanglah gembung biarlah gembung, Supaya dapat dicontoh bentuknya; Orang tua sombong biarlah sombong, Supaya cepat tumbuh tanduknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Rosak tiang kerana condong, Tiang condong cepat robohnya; Rosak orang kerana sombong, Orang sombong cepat jatuhnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa kata kacang tak condong, Semua kacang condong belaka; Siapa kata bujang tak sombong, Semua bujang sombong belaka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kisah puteri Santubong, Dengan puteri Sejejang; Kisah orang sombong, Suka hina orang | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Buah jagung dibuat bubur, Tambah gula lebih perisa, Tidak sombong tidak takbur, Tambah elok berbudi bahasa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Encik Gamung orang Melaka, Lipatlah kajang kemas-kemas; Janganlah sombong adik berkata, Di mana kijang bertanduk emas? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah kepayang dari Senggarang, Pergi Separut membuat wajik; Dulu kaya sombong dan garang, Sekarang papa semua mengejek. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| sombong (adjektif) | Bersinonim dengan angkuh, bongkak, tinggi hati, congkak, pongah, riak, takbur, cakap besar, hidung tinggi, megah, aga, peteras, kocak, congah, bongak, uju, ujub, songor, songar, maghrur, hagas, leweh, panggak, umuk, agul-agul, anggak, gaduk, burakah, pondik;, | | Kata Terbitan : menyombong, menyombongkan, kesombongan, |
|
Puisi |
---|
|
Dagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.
Lihat selanjutnya... |
|