Pantun |
Sumber |
Tema |
Kata tua kata merendah, Walau merendah pantang diinjak; Hina bangsa kerana serakah, Kalau serakah datanglah balak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sampan jangan sampai pecah, Bila pecah hilanglah harta; Makan jangan sampai serakah, Bila serakah orang menista. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kerana teruk makan serakah, Badak hairan pungguk pun bengis; Kerana menengok hutan dirambah, Banyaklah haiwan duduk menangis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau dahan selalu goyah, Manakan dapat hendak bertumpu; Kalau makan terlalu serakah, Manakan ingat ke anak cucu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana parang takkan patah, Bila besinya sudah berkarat; Bagaimana orang takkan serakah, Bila hatinya gilakan pangkat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kerana kera hendak menikah, Banyak lembu merebus daging; Kerana mentua tamak serakah, Banyak menantu kurus kering. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila ke hulu tidak bergalah, Ke hilir pula bawa berdayung; Apabila terlalu tamak serakah, Akhirnya kepala kan terpancung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Waktu menteri berdagang terung, Celananya basah kena santan; Pilulah hati memandang umat, Rajanya serakah lupa daratan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana kayu tidakkan mati, Bila dicabut sehingga patah; Bagaimana laku tidakkan keji, Bila menurutkan nafsu serakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa ladang tidak berpadi, Kerana tugalnya sudah patah; Mengapa orang tidak berbudi, Kerana akalnya tambah serakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| serakah (adjektif) | Bersinonim dengan loba, rakus, tamak, lahap, celici, haloba, gelojoh, belalahan, kemaruk, hakap, dahuk, melik, muris, temaah;, | | Kata Terbitan : keserakahan, |
|
|