Pantun |
Sumber |
Tema |
Buah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Layang-layang menyambar duri, Hinggap sekejap di kayu jati; Kasih sayang datang ke mari, Abang sudah sedia menanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Keluang keluwi terbang terlentang, Singgah sekejap di pokok sirih; Putus duit boleh berhutang, Putus kasih susah nak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Seremban ke Kuala Pilah, Singgah sekejap membeli roti; Kalau ada silap dan salah, Janganlah simpan di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dari Pasak ke Pulau Pinang, Singgah sekejap di Teluk Lipat; Jika teragak hendak meminang, Usah diharap hendak dapat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Parit ke Tanjung Piandang, Singgah sekejap membeli roti; Bila sudah wajah terpandang, Tetap tersimpan di lubuk hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hari Rejab bulan Syaaban, Tidak hari bertukar tahun; Jikalah sekejap rasa sebulan, Tidakkah sehari rasa setahun? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan Rejab bulan Syaaban, Ular lidi memanjat daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sebulan rasa setahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batang dedap dibuat sampan, Makan nasi ulamnya daun; Hilang sekejap rasa sebulan, Hilang sehari rasa setahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| kejap1 | 1. Dalam konteks mata bersinonim dengan kelip, kedip, kerlip, kenyit, kebil, (kata kerja:)
2 Bersinonim dengan sebentar ( sekelip, seketika, ) (adverba:)
| Kata Terbitan : sekejap, mengejapkan, terkejap-kejap, |
|
Puisi |
---|
|
Layang-layang menyambar duri, Hinggap sekejap di kayu jati; Kasih sayang datang ke mari, Abang sudah sedia menanti.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 254 Make hay while the sun shines Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap. Menjemur sementara panas "People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation. ''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|