Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau selalu menumbuk lada, Sekali-sekali mata kan pedas; Kalau selalu berburuk sangka, Sekali-sekali kan kena bidas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siapa suka memanjat pinang, Sekali-sekali badan kan penat; Siapa suka berbuat curang, Sekali-sekali tangan terkebat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau berjalan mata ke atas, Sekali-sekali masuk ke lubang; Kalau berkawan suka berkeras, Sekali-sekali remuklah tulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu menumbuk emping, Sekali-skali kenalah tangan; Kalau selalu duduk merunsing, Sekali-sekali kena petangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau selalu pergi memukat, Sekali-sekali mendapat hiu; Kalau selalu berhati jahat, Famili benci umat berseteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tetak mengkuang umbutnya kayu, Sekali tetak sekali mencandak; Orang perempuan sungguh tak malu, Sekali hendak sekali tak hendak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tebang puan pangkal Jeddah, Sekali tebang sekali tumbuh; Kalau tuan cakap tak sudah, Sekali hendak sekali tak ambuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sekali memegang hulu, Sekali putingnya patah; Sekali enggang lalu, Sekali rantingnya patah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau sekali rumput layu, Sekali pula tanah lembang; Kalau sekali menjemput malu, Sekali pula badan terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sekali biduk lalu, Sekali dayung patah; Sekali adik merayu, Mati pun abang tempah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekali |
|
Puisi |
---|
|
Tebang puan pangkal Jeddah, Sekali tebang sekali tumbuh; Kalau tuan cakap tak sudah, Sekali hendak sekali tak ambuh.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 423 News lords, new laws Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih) ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss. ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|