Pantun |
Sumber |
Tema |
Sedikit minta sedikit, Tidak boleh dikasi banyak; Ada rumah di kaki bukit, Berhibur hati orang banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Boleh saja makan sedikit, Walau sedikit membawa kenyang; Kasih hamba bukan penyakit, Kalaupun sakit kerana abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Walau sedikit temu tuan, Berlebih juga dari jerami; Walau sedikit ilmu tuan, Berlebih juga dari kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak orang pandai berkitab, Sedikit orang pandai bersyair; Banyak orang pandai bercakap, Sedikit orang pandai berfikir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang dewa membuang dewi, Sedikit kapur banyak gambir; Banyak bohong buat sendiri, Sedikit tutur banyak sindir. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang Serani Cina ulaman, Sedikit tidak berbuah lagi; Sudah berjanji berpegang tangan, Sedikit tidak berubah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ujung tiang diberi tanggam, Pecah sedikit tiangnya miring; Untung malang menjadi imam, Salah sedikit orang pun bising. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Eloklah elok merendang cendawan, Basah sedikit rendam sekali; Elok-elok menenggang kawan, Salah sedikit jangan peduli. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam gelas; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit tidak berbalas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak diminum tidak terminum, Minum sedikit di dalam cangkir; Hendak senyum tidak tersenyum, Senyum sedikit di hujung bibir. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sedikit |
|
Puisi |
---|
|
Sayang dewa membuang dewi, Sedikit kapur banyak gambir; Banyak bohong buat sendiri, Sedikit tutur banyak sindir.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 368 Many a mickle makes a muckle Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. ''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered. ''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|