Pantun |
Sumber |
Tema |
Sedangkan burung dicari orang, Apatah lagi pipit di sawah; Sedangkan gunung didaki orang, Apatah lagi bukit nan rendah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayang pindah naik rakit, Rakit berikat tali bemban; Sedangkan lidah lagikan tergigit, Inikan pula sahabat sekawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Bentan membawa parang, Kerana hendak ke Pulau Perca; Sedangkan intan dibuang orang, Inikan pula permata kaca. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pokok rumbia pokok dedap, Manakan sampai si pokok jambu; Sedangkan lebai lagikan tersilap, Inikan pula kurang ilmu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau tuan pergi ke selat, Sarat dengan membawa bunga; Sedangkan orang dagang lat, Inikan pula keluarga sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur cucuran atap; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kutangkap. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Anak Damak dalam hutan, Hendak menyumpit di tengah hari; Alangkah sedih serta kasihan, Sedangkan bertunang haram tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon getah; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung dapat kugetah. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dayang-dayang mandi menyimbur, Mandi menyimbur di pohon kandis; Ayuhai Cik Dayang jangan takbur, Sedangkan burung tunduk menangis. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata.
Lihat selanjutnya... |
|