Pantun |
Sumber |
Tema |
Perahu bukan sebarang-barang, Tiangnya patah diterpa angin; Malunya bukan alang kepalang, Sedang nikah tersimbah kain. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Orang membeli sebarang pisau, Panjang sejengkal jadi senjata; Abang seperti orang mengigau, Hilanglah akal habis bicara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan makan sebarang saja, Ada yang busuk ada yang mentah; Jangan tuan memandang rupa, Rupaku buruk tidak semenggah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan padi sebarang padi, Padi ditabur menjadi lalang; Buah hati sekeping hati, Hati rindu denganmu abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah sebarang buah, Buah kemiri pelazat sayur; Bukan tua sebarang tua, Tua lelaki urat tak kendur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bukan pilih sebarang pilih, Pilihan mengganti guru bahasa; Bukan kasih sebarang kasih, Kasih bersemai antara bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Bukan keranji sebarang keranji, Keranji dari Teluk Meranti; Bukan janji sebarang janji, Janjidiikat sehidup semati; | Pantun Melayu Sarawak | Setia Kasih |
Bukan kota sebarang kota, Kota Pontianak jiran semenda; Bukan bicara sebarang bicara, Bicara pertermuan ayah bonda. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Bukan palu sebarang palu, Palu besi bergagang tujuh; Bukan pilu sebarang pilu, Pilu menanti orang yang jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan sirih sebarang sirih, Sirih berlipat bunga rampai; Bukan sedih sebarang sedih, Sedih mengingat kita bercerai | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |