Pantun |
Sumber |
Tema |
Satu satu membawa nyiur, Supaya berbeban tidak berat; Malu malu hamba menegur, Kerana tuan tak mahu dekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Satu satu membawa timba, Supaya air jangan terbuang; Malu malu hamba menyapa, Kerana khuatir tunangan orang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ayam turun satu, Satu mati sambar helang; Minta ampun Tuhan yang satu, Minta mati dalam Islam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Petik-petik gita, Petik satu-satu; Asyik memuka bota, Hati jadi batu. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Adat seperahu satu haluan, Adat sesampan satu kemudi; Adat sehaluan satu tujuan, Adat sekemudi bersatu hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak anjing dua beradik, Satu bodoh satu cerdik; Saya umpama teras yang baik, Tahan berjemur di panas terik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Baru datang dari Palembang, Satu adik satu abang; Cari tali jerat kumbang, Bunga di taman biar kembang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ayam turun dua, Satu mati tinggal satu; Minta ampun segala dosa, Hendak menyebut Tuhan yang satu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Dari utara terus ke selatan, Betik menjadi buah papaya; Satu mutiara satu intan, Yang mana baik pilihan saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hendak mandi paip berkunci, Turun ke sungai air pun masin; Satu intan satu baiduri, Di mana boleh dipakai cincin? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| satu (kata nama) | Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;, | | Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak ayam turun dua, Satu mati tinggal satu; Minta ampun segala dosa, Hendak menyebut Tuhan yang satu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 417 A good name is sooner lost than won Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve) You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won. Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|