Pantun |
Sumber |
Tema |
Ambillah kayu buatlah sampan, Sampan selesai dapat belayar; Ambillah guru taat beriman, Iman penyimpai sifat penyabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tebang kayu buatkan sampan, Sampan dibuat siap kemudi; Ikan mati kerana umpan, Manusia mati kerana budi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Sampan pemukat didayung laju, Hendak ke pantai takutkan beting; Badanlah penat menanggung malu, Hendak bercerai perutlah bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sampan bertambah haluan kemudi Hendak dungkal tali bersimpul; Badanlah penat menahan hati, Hendak bercerai anak sebakul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sampan bertambah depan pelantar, Hendak dipakai tidak berdayung; Badanlah penat menahan sabar, Hendak bercerai awaklah ompong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sampan jalur tembuk di ternpat, Tembuk kerana melantak tonggak; Badanlah uzur bongkok berlipat, Menengok betina terlonjak-lonjak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sampan nadi dibantai taufan, Ombak melanda pengayuh patah; Badan seperti bangkai berjalan, Nampak betina meleleh ludah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sampan kotak kemudinya kompot, Layar ditancap laju bertambah; Nafas sesak hati pun hanyut, Mendengar si gagap memberi ceramah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sampan kolek kemudi songsang, Begitu belayar kemudiannya dulu; Badan tergolek hati mengerang, Pilu mendengar nyanyi si bisu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sampan kolek dalam telaga, Orang duduk pagi dan petang; Janganlah adik bermasam muka, Abang menengok berhati bimbang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Sampan kotak mudik ke Pangkor, Singgah pula Pulau Sembilan; Macam diletak macam diatur, Macam cincin permata silan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 174 He that would eat the fruit must climb the tree Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree. Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|