| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Sama-sama mandi ke laut, Mandi ke laut bergoyang pasu; Alang-alang mati berebut, Sama-sama berundur nafsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Jangan tuan mengail tenggiri, Sama-sama mengail sembilang; Jangan tuan menghina diri, Sama-sama dagang terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Sama tegak dan sama naik, Sama duduk kita letakkan; Sama semamak sama senenek, Sama sedatuk dan sekemanakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sama-sama mendaki bukit, Bawa tambuk kutip durian; Jasa menteri bukan sedikit, Tidak ternilai sejuta pujian. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
| Sama tengah pohon mengkudu, Anak Cina menjual kain; Sama-sama menanggung rindu, Hati tidak pada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Saya berkuda tuan berkuda, Sama berjalan di tanah rata; Tuan mengenang saya bercinta, Sama-sama menahan rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kiri jalan kanan jalan, Sama tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Jerang santan masak pun santan, Sama-sama sudu dituntung; Orang jantan awak pun jantan, Sarna-sarna mengadu untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Banyak padi bunga di hujung, Sama-sama di atas papan; Habis dunia sudah kukeliling, Baru bertemu dengan tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Jikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama |
|
| Puisi |
|---|
|
Jangan tuan mengail tenggiri, Sama-sama mengail sembilang; Jangan tuan menghina diri, Sama-sama dagang terbuang.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 380 So many men, so many opinions. Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan. Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached. Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|