| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Bersuka ria di hari raya, Pakai songkok pakai celana; Jangan terpedaya skim cepat kaya, Modal habis diri merana. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Terang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Sungguh periang orang bersuling, Pagi dan petang bersuka ria; Sungguh menyayang orang sumbing, Dimarahi orang tertawa juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tabuh gendang bunyi bertalu, Di sana orang bersuka ria; Sungguh malang nasib diriku, Dinda kupinang sudah berpunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Kacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Duri dibuang sakit pun hilang, Duri dibuang di dalam raga; Adik hendak mengikut abang, Boleh adik bersuka ria. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Puisi |
|---|
|
Kacang Cina dalam kota, Rampai-rampai di Tanjung Puri; Hidup di dunia bersuka ria, Seronok-seronok sementara nak mati.
Lihat selanjutnya... |
|