Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berketak dulu sebelum bertelur.

Takrif

Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam.

Takrif

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam.

Takrif

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan.

Takrif

Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. lotong (lutung) = kera hitam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mana kerbau yang bencikan kubangnya?

Takrif

Orang yang biasa berbuat jahat tak dapat melupakan tempat ia bersuka ria.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
ria
Rujuk :riang

Puisi
 

Kacang Cina dalam kota,
     Rampai-rampai di Tanjung Puri;
Hidup di dunia bersuka ria,
     Seronok-seronok sementara nak mati.



Lihat selanjutnya...