Pantun |
Sumber |
Tema |
Sejuk bayu di kala senja, Ramah membelai si anak dara; Pujuk rayu makan semeja, Tanah digadai faedah dikira. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Adat serumah beramah-tamah, Adat setepian sekain basahan; Adat ramah menjaga maruah, Adat sebasahan menjaga iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau niat berkain pelekat, Siapkan kopiah dengan bajunya; Kalau niat memimpin rakyat Bersikap ramah jangan aniaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila hendak naik ke rumah, Bersihkan kaki lebih dahulu; Apabila awak baik dan ramah, Ke mana pergi kasih menunggu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| ramah (adjektif) | Bersinonim dengan mesra, kencang, suka berkawan, pandai bergaul, receng mulut;, | | Kata Terbitan : beramah-tamah, beramah-ramahan, meramahi, keramahan, keramah-tamahan, peramah, |
|
|