Pantun |
Sumber |
Tema |
Nak dulang kubagi dulang, Dulang bekas hantar bertih; Nak pulang kubagi pulang, Pulang cik tuan gajah putih pulang | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hendak dulang kuberi dulang, Dulang berisi antah bertih; Hendak pulang kuberi pulang, Pulang beriring gajah putih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Gelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Usang bukan sebarang usang, Usang mangkuk gunanya sama; Pulang bukan sebarang pulang, Pulang menengok janda lama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau nak dulang dulang puan, Jangat-jangat batang padi; Kalau nak pulang pulang tuan, Ingat-ingat jalan ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Yanglah pulang biarlah pulang, Supaya senang hati keluarganya; Orang tua goyang biarlah goyang, Supaya digoyang bini mudanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
PATI datang PATI pulang, Datang pulang menimbul perkara; Berbagai cara menangani pendatang, Pendatang menyulit ekonomi negara; | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Hitam-hitam mata, cermin mata, Dalam gelap terang, menjadi terang; Jika sungguh kata, bagai dikata, Lepas bergendang pulang, kuikut pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Pulang petang membawa rotan, Tikar mengkuang menyambut tetamu; Bukan kepalang budmi tuan, Tidak terbayar dengan Sri Ayu. | Pantun Melayu Sarawak | Serumpun Senada |
Orang meranik pulang ke rumah, Pulang rumah jauhlah ke darat; Budak ini memang beroleh, Sikit bercinta melayang surat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Hendak dulang kuberi dulang, Dulang berisi antah bertih; Hendak pulang kuberi pulang, Pulang beriring gajah putih.
Lihat selanjutnya... |
|