Pantun |
Sumber |
Tema |
Putik belimbing diketu-ketu, Dari Kedah ke Taman Liang; Petik dinding terbuka pintu, Pintu terdedah besar tiang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik belimbing digetu-getu, Dari Kedah ke Tanah Liang; Jentik dinding bukalah pintu, Pintu terdedah sampai siang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pintu kota gantunglah jam, Kayu bernama si kayu jati; Kalau senjata kurang tajam, Sekali tikam haram tak mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rumah buruk pintu sembilan, Nanti roboh tidakkan roboh; Laksana pungguk rindukan bulan, Nanti jatuh tidakkan jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Wayang balik pintu, Kain balik dinding; Pinang anak datu, Jatuh pelepah belimbing. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Duduk di pintu memandang bulan, Hari tak ribut awan melindung; Kalau begitu nasibmu tuan, Bertuahlah perut ibu mengandung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rumah kecil pintu ke laut, Tempat Cik Baba menggesek biola; Pinggang kecil bagai diraut, Mana hati abang tak gila. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah batu pintu ke laut, Indah terbina di pinggir jalan; Kerana senyum banyak terpaut, Ingin hati hendak berkenalan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Putik belimbing digetu-getu, Dari Kedah ke Tanah Liang; Jentik dinding bukalah pintu, Pintu terdedah sampai siang.
Lihat selanjutnya... |
|