Pantun |
Sumber |
Tema |
Bukan pelita sebarang pelita, Pelita dapat menyuluh ladang; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku dapat membunuh orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan pelita sebarang pelita, Pelita ini sumbunya banyak; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku ini tak berganjak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apalah guna pelita, pasang pelita, Jikalah tidak sumbunya, dengan sumbunya; Apalah guna bercinta, kita bercinta, Jikalah tidak sungguhnya, dengan sungguhnya. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Pasang sumbu pelita api, Pelita api mana dapurnya; Hilang abang disangka mati, Jika mati mana kuburnya? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pelita dipasang bulan gerhana, Secangkir madu seri kaya; Mata mentafsir seribu makna, Tangan mengukir seni budaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Banyak pelita dipasang terang, Pelita mati sumbunya pandak; Banyaklah cinta disebut orang, Cinta sejati pada ibu bapak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Api pelita cahayanya redup, Supaya terang besarkan sumbu; Hati kecewa sengsara hidup, Supaya tenang sabar selalu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila pelita tidak berisi, Sumbu dipasang tidakkan nyala; Apabila manusia tidak berbudi, Seteru datang rosakkan nama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila pelita tidak bersumbu, Tidakkan dapat dibuat suluh; Apabila dada tidak berilmu, Banyaklah sifat tidak senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |