Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang kemak dibawa bersolek Sudah cantik nampak segarnya; Orang pekak dibawa berbisik, Salah bisik awak ditamparnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Elok mengutip buah cempedak, Baunya wangi rasanya segar; Eloklah nasib mentua pekak, Menantu mengeji ia tak sedar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana tempua tidakkan palak, Kepaknya habis dicabuti gajah; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Anak menangis bini menyanyah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana tempua tidakkan palak, Mendengar kera terkentut-kentut; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Mendengar mentua merungut-rungut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sungguh baik berbaju pandak, Pendeknya sedang dalam setara; Sungguhlah baik laku si pekak, Diejek orang didiamkan saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buluh betung berdekak-dekak, Ayam berbunyi di tepi dapur; Sungguh beruntung orang pekak, Meriam berbunyi awak tertidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ada untungnya.membeli tepak, Dapat diisi sirih dan pinang; Ada untungnya berbini pekak, Diumpat laki dia bertenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ujung tiang diikat besi, Supaya tidak dimakan rayap; Untung malang menjadi laki, Telinga pekak badan berkurap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walau banyak parang di rumah, Kerana retak disimpan saja; Walau banyak orang memfitnah, Kerana pekak dibiarkan saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Susahlah hati anak jelatik, Di mana tegak tercabut bulu; Susahlah hati hendak berbisik, Telinga pekak mulut pun bisu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |