| 
	
                            
		
			
				
					
  
    | Pantun | Sumber | Tema |  | Ada baju tidak dipakai, Ada sarung warna merah; Sekali Tsunami melanda pantai, Sekali pantai berubah wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |  | Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |  | Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang; Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |  | Pantai teluk terlalu indah, Tempat lalu perahu payang; Berjanji mulut memang mudah, Menepati janji sangatlah jarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |  | Hendak ke pantai membuat pukat, Hendak memukat di Tanjung Api; Kerana memandang harta dan pangkat. Budi pekerti sisih ke tepi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |  | Pasang surut pantai pun kering, Senanglah orang berjalan kaki; Orang patut pandai berunding, Sengketa hilang amanlah negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |  | Nyiur berkayuh pantai berlaut, Jatuh sebutir membilang tandan; Abang sebutir bermain laut, Adik tinggal membilang bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |  | Pergi ke pantai menjala ikan, Dapat seekor ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |  | Buah nipah di tepi pantai, Disebut orang buah tembatu; Sudah kurapah teluk dan pantai, Adik menghilang tiada bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |  | Kerakap tumbuh di pantai, Pohon ijuk tumbuh berjajar; Bercakap kami tak pandai, Mohon ditunjuk dan diajar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |  | | Puisi | 
|---|
 |  |  | 
 Pantai Lukut luas terbentang,
 Teluknya penuh berbatu karang;
 Ibarat melukut di tepi gantang,
 Masuk tak penuh keluar tak kurang.
 
 
 
 Lihat selanjutnya...
 | 
 |