Pantun |
Sumber |
Tema |
Nyenyak tidur tidak terkira, Penat membuat rumah Laksamana; Banyak janda teruna dara, Jadi trauma akibat bencana. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Sungguh beruntung menjahit tilam, Siap tilam tidurkan nyenyak; Sungguh beruntung berkulit hitam, Merayap malam tidakkan nampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Elok rumah kerana beratap, Bila beratap tidur pun nyenyak; Elok lidah kerana beradab, Bila beradat tuturnya lemak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hanyutlah padi di tengah malam, Kerana orang tertidur nyenyak; Hanyutlah hati nyawa pun padam. Kerana kekasih sudah menolak. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Piring kaca tercampak hancur, Tidak hancur pastilah gemuk; Pening kepala tak nyenyak tidur, Hendak tidur laki merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumuh betung di tepi lubuk, Aurnya banyak bagai disulam; Sungguh beruntung berbini gemuk, Tidur nyenyak bagai di tilam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
|