Pantun |
Sumber |
Tema |
Banyaklah ubi perkara ubi, Ubi merambat tepi-tepian; Banyaklah nabi perkara nabi, Nabi Muhammad nabi pilihan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah hari perkara hari, Takkan sama hari Jumaat; Banyaklah nabi perkara nabi, Takkan sama Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Hari Jumaat mengali halia, Hari hujan menyuluh ketam; Nabi Muhammad Nabi mulia, Jadi ikutan seluruh alam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyak ubi kita tanami, Ubi merambat dipaluti benta; Banyaklah nabi kita imani, Nabi Muhammad ikutan kita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah padi berdaun sebelah, Padi bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad jadi penghulunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah padi berdaun sebelah, Pada bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad rasul utama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cacaklah ubi tanda bertani, Ubi dikerat di dalam taman; Banyaklah nabi turun ke bumi, Nabi Muhammad nan akhir zaman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Patah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
|
Puisi |
---|
|
Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh.
Lihat selanjutnya... |
|