Pantun |
Sumber |
Tema |
Banyak kain perkara kain, Kain berenda lebar bertekat; Banyak main perkara main, Main muda berlanggar adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan kain sembarang kain, Kain ini kain pelekat; Bukan main sembarang main, Main ini sampai melekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rama-rama cantik, Cantik tak terkata; Main-main tilik, Percaya batu bata. | Pantun Melayu Sarawak | Usik-Usik |
Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang: Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin hilang tidakkan hilang; Bermain bukan sebarang main, Main belakang mata terbuntang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yakin bukan sebarang yakin, Yakin kerja membawa faedah; Bermain bukan sebarang main, Main muda kepalakan pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Main sengat pantang dipegang, Main senduk bawa berlaga; Main semangat berjuang gelanggang, Main meredah hujan tenaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu; Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |