Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang lekas berlari, Yang lambat merangkak; Yang ikhlas berezeki, Yang jahat tercampak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jika tak lekas merendam baju, Tudung kepala kotor semua; Jika tak lepas rindu dendamku, Kujunjung dunia kukejar juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Turun tangga naik tangga, Jangan lekas berputus asa; Pengorbanan penulis harus dibangga, Jasanya mulia memertabatkan bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ada malangnya membeli gula, Gula lekas dikerumuni semut; Ada malangnya berlaki tua, Bekerja keras nafas pun semput. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada untungnya membeli ternak, Beranak lekas telur menetas; Ada untungnya berbini banyak, Tekak puas selera pun lepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Batang pepaya berputik belum, Bila berulat lekas dipancung; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat emas segunung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pakai baju kain kasa, Kain dibeli dari pekan; Jangan lekas berputus asa, Ulat batu lagikan makan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Parang panjang bawa menebas, Salah cencang kaki terluka; Orang peradang marahnya lekas, Salah pandang jadi sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau berjaja berasa ladang, Barang ke mana banyak pembeli; Kalau bekerja lekas meradang, Sebarang usaha takkan menjadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak ayam turun empat, Mati seekor tinggalnya tiga; Supaya hamba membaca sifat, Lekas juga jalan ke syurga. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
|
Puisi |
---|
|
Hari-hari turun ke gua, Sarat membawa buah-buahan; Hari-hari mintakan doa, Lekas bertemu mudah-mudahan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 512 A shut mouth catches no flies Lebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkan Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam As my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. A shut mouth catches no flies. Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|