Pantun |
Sumber |
Tema |
Tujuh langkah terbangnya nyamuk, Dihalau hujan pindah melayang; Sungguh gagah orang nan gemuk, Kalau berjalan rumah bergoyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Supaya langkah tidak terdedat, Tengoklah dulu jalan di muka; Supaya nafkah tidak tersekat, Elokkan laku dalam bekerja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila menari tangan diangkat, Jagalah langkah agar seimbang; Apabila memberi jangan diumpat, Supaya pahalanya tidak hilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sifat muda suka berjalan, Salah langkah membawa sesat; Adat dijaga sempurna iman, Akhlak terpuji beban pun lepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ingat-ingat berjalan senja, Salah langkah jatuh ke sungai; Ingat-ingatlah pesan hamba, Bila terlupa kita bercerai. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tanda berkawan seiring jalan, Pantang sekali bersilang langkah; Tanda beriman adat sepadan, Pantang sekali berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Supaya kaki tidak berkubang, Nampak lumpur jagalah langkah; Supaya rezeki tidak berkurang, Banyak bersyukur kepada Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Supaya rumah tidak bergoyang, Diberi tiang kecik dan besar; Supaya langkah tiada menyilang, Hati lapang adil dan benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ambil buah berangan, Kampung Ulu Mukah; Pandai guna tangan, Bijak mengatur langkah. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
|
Peribahasa |
---|
| 134 Between the devil and the deep blue sea Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Lalu hangus, surut layu The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|