Pantun |
Sumber |
Tema |
Lain selat lain sungainya, Lain padang lain belalang; Lain adat lain perangai, Lain orang lain pengenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain ikat lain simpainya, Lain tiang lain pemasak; Lain adat lain memakainya, Lain orang lain kehendak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain lubuk lain ikannya, Lain padang lain belalang; Lain kuujuk lain yang kena, Hati bimbang bukan kepalang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lain pahat lain bajinya, Lain baji lainlah simpai; Lain adat lain kajinya, Lain kaji lainlah curai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain pelekat lain warnanya, Lain belakang lainlah ragi; Lain adat lain maknanya, Lain orang lainlah budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain pompat lain sukatnya, Lain sukat berbeza berat; Lain adat lain sifatnya, Lain sifat berbeza niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pergi sekolah berulang-ulang, Budak-budak belajar memanah; Lain biduk lain digalang, Lain yang bengkak lain yang menanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Lain perahu lain pencalang, Hendak bertolak perahu sarat; Lain kutuju lain yang datang, Hendak mengelak hatiku berat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lain datang lain buahnya, Buah masam disambal orang; Lain orang lain lidahnya, Lidah tajam dibedal orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lain lubuk lain ikannya, Ikan banyak dipukat orang; Lain duduk lain makannya, Makan tamat diumpat orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |