Pantun |
Sumber |
Tema |
Kulit kerang asalnya kapur, Anak Batak pandai menari; Letak apa belanga ke dapur, Kalau masak angkat ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Buah nangka kulit berduri, Sudah masak rasanya manis; Patah cinta·sakitlah hati, Mata bengkak kerana menangis. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Umpan mari kulit duku, Orang mengail jauh ke laut; Kalau nyawaku di hujung kuku, Nyawa kau juga di hujung rambut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Jika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ati-ati kulit manis, Ragi-ragi dalam puan; Laki-laki mulut manis, Pandai pujuk hati perempuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Akar tanjung pagar selasih, Balung kulit berisi serai; Alangkah teruk menanggung kasih, Tak sebab kulit tulang bercerai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pulau Pasir takluk Kedah, Kulit siput di muka pintu; Peluk leher cium penyudah, Perkara laut tidak menentu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Puisi |
---|
|
Kulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa.
Lihat selanjutnya... |
|