Pantun |
Sumber |
Tema |
Zaman kini zamannya ilmu, Umat terbilang kerana ilmunya; Dengan laki janganlah ragu, Lambat pulang tarik seluarnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman kini dunia terbalik, Bertukar faham sudah biasa; Dengan laki bersangka baik, Keluar malam biarlah saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman kini zamannya fitnah, Bila berkata semuanya bengak; Dengan laki janganlah lengah, Bila menyalah segera bertindak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman kini zaman kemajuan, Manusia banyak ilmunya; Dengan laki jangan melawan, Supaya tidak dimadukannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman kini zaman kemaruk, Gila pangkat kemaruk harta; Dengan bini jangan beramuk, Supaya dapat duduk bermanja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman kini beralih-alih, Mari hujan berubah panas; Dengan bini berkasih-kasih, Supaya makan selera puas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman kini banyak musibah, Kerana orang suka berseteru; Puan berjanji hendak menikah, Hamba datang mengapa malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman kini banyak maksiat, Berbuat dosa orang tak takut; Tuan kunanti sepanjang hayat, Sampai ke syurga akan kuikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman kini kemarau panjang, Layu semua betik dan terung; Badanku mati di rantau orang, Hatiku pada adik di kampung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman kini sudah beralih, Nelayan tidak belayar lagi; Bukan kami berpindah kasih, Tuan tidak sabar menanti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |