Pantun |
Sumber |
Tema |
Kelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pisang kelat digonggong helang, Jatuh sebiji ke Inderagiri; Kalau pergi ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Pisang kelat masak merkah, Bawa budak dalam raga; Bulan gelap tanah lecah, Kasihku baik jarang berjumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisang kelat dibuat rampai, Jatuh ke tanah dimakan semut; Malam tadi saya bermimpi, Rasa bertukar kain selimut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau nak tahu kelat halia, Cubalah tengok halia darat; Kalau nak tahu sahabat setia, Tengok sahabat Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Apa tanda si pinang kelat, Bila dimakan terasa malan; Apa tanda orang beradat, Dada beriman laku pun sopan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Biji delima-dimakan orang, Rasanya kelat bercampur masam; Hati merana bukan kepalang, Dinda kuingat siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah kedarah buah kepayang, Buah kelat julat berjulat; Pada saudara hendaklah sayang, Pada sahabat hendaklah taat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Puisi |
---|
|
Buah berembang pedada kelat, Petik oleh budak-budak; Putus temberang kusambung kelat, Datang perahu belayar juga.
Lihat selanjutnya... |
|