Pantun |
Sumber |
Tema |
Terunglah berat tangkainya kejur, Rama-rama di punca kain; Seorang ke Barat seorang ke Johor, Sama-sama mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Orang meraih di Lubuk Johor, Ketam padi nakhoda Acheh; Hitam manis rambutnya kejur, Mari kita bertambat kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang mengail di Lubuk Jauhar, Ketam padi di petak Salleh; Hitam manis berambut kejur, Tempat abang menumpang kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kaki melila panjang disepak, Orang mengail di Lubuk Johor; Sudah kubanding muda segak, Hitamlah manis rambutnya kejur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang Cik Cepa mudik bergalah, Panjang sifat di lubuk jauh; Barang siapa menjadi salah, Hitam manis rambutnya kejur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Panjang sifat kaki melela, Orang meraih di Lubuk Johor; Di mana tempat hatimu gila, Hitam manis rambutnya kejur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kacang sepat kaki melela, Orang meraih di lubuk Johor; Di mana tempat hati gila, Hitam manis rambutnya kejur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Terunglah berat tangkainya kejur, Rama-rama di punca kain; Seorang ke Barat seorang ke Johor, Sama-sama mencari lain.
Lihat selanjutnya... |
|