Kata |
Takrif |
Sumber |
kejur | keras dan kaku (bkn mayat, tubuh dll); tegak dan keras (rambut). terkejur terlunjur dlm keadaan yg kejang (spt mayat yg terbaring). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kejur | keras dan kaku (bkn mayat, tubuh dll); tegak dan keras (rambut). terkejur terlunjur dlm keadaan yg kejang (spt mayat yg terbaring). | Kamus Pelajar |
kejur I | keras kaku, kejang (tubuh), tegak dan keras (rambut); terkejur terlunjur dlm keadaan kejang atau kaku (spt mayat yg terbaring): Pinang Peribut pun balik ke hujung balai ~ tiga hari tiga malam tidak bangun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membina | 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bina | ; membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membina | 1. membuat sesuatu bangunan spt rumah dsb supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2. mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. | Kamus Pelajar |
bina | membina 1. membuat sesuatu bangunan spt rumah dsb supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2. mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? | Kamus Pelajar |
tanduk I | 1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg berbentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tanduk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi melengkung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb seseorang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg berlainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya sehingga jikalau orang lain yg membuat kejahatan orang menyangka dia juga; menghendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (dapat) ~ telinga dipulas prb sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tanduknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (kerbau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunggang I | terbalik (kepala ke bawah dan kaki ke atas), terjungkir, tertelungkup, tertonggeng; ~-langgang = ~-tenggang a) berlari pontang-panting (lintang-pukang); b) = ~ balik jungkir balik, berguling-guling; ~-tunggit = ~-tonggek a) tidak rata (permukaan jalan dll), lekuk-lekak, berjendul-jendul; b) bergerak turun naik (orang berjalan); c) terumbang-ambing (perahu dimainkan gelombang dll); d) menundukkan kepala dan kemudian menegakkannya semula (spt orang sembahyang), tunduk dan tegak semula; ~ buyung pergerakan dlm gimnastik apabila belakang tengkuk berada di lantai, gulingan depan; kuat ~ kuat minum (minuman keras); bersetunggang berputar balik (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir: tidur ~ kaki ke atas; ~ balik berputar-putar (kepala ke bawah kaki ke atas), berjungkir balik; menunggangkan 1. membalikkan (cawan, botol, dll) supaya tumpah isinya, menunggitkan supaya tumpah, menuangkan, menumpahkan: ia ~ air yg di dlm baldi itu ke dlm tempayan; 2. = mempertunggang, mempertunggangkan menjadikan bersetunggang, membalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas), menjungkirkan: di situ diusahakannya mempertunggang supaya air keluar dr hidung dan mulutnya; budak itu ditung-gangkan ke atas asap sabut kering itu; tertunggang 1. terbalik (yg di bawah ke atas dan yg di atas ke bawah), terjungkir; 2. tertumpah atau tercurah (sesuatu dr bekasnya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bulu I | 1. rambut halus pd tubuh manusia dan binatang: ~ betis; ~ kucing; 2. rambut yg berkarang-karang (melekat-lekat) pd burung dll: ~ burung; 3. miang pd tumbuhan-tumbuhan (daun dll); ~ ayam a) bulu pd tubuh ayam; b) penyapu drpd bulu ayam (utk menyapu habuk); c) sj layar; d) sj jahitan; ~ babi a) bulu pd tubuh babi; b) sj teripang yg kulitnya berduri-duri, Echinus spp.; ~ balik bulu yg terbalik (pd ayam); ~ biri-biri bulu biri-biri utk dibuat kain dll; ~ kapas bulu yg halus-halus; ~ keluli besi yg halus-halus dan panjang; ~ kening alis; ~ keras (kasar) bulu pd binatang lunak yg digunakan utk berjalan; ~ kuduk a) bulu pd tengkuk; b) surai (pd kuda, singa); ~ lai daun bulu pd daun; ~ mata bulu pd tepi mata; ~ pahat bulu yg sangat halus pd burung; ~ peka bulu yg lekas merasai sesuatu (pd tumbuhan); ~ roma bulu yg halus pd tubuh manusia; ~ tangkis bola tangkis, badminton; ~ tengkuk bulu kuduk; berganti (bertukar) ~ ki berganti pendirian (sikap dll); memilih (memandang) ~ ki melihat kedudukan (keturunan) orang; memperlihatkan (menunjukkan) ~ ki memperlihatkan tabiat (maksud dll) yg sebenarnya; berdiri (meremang, tegak) ~ tengkuknya (kuduknya) ki berasa ngeri (seram); carik-carik ~ ayam, lama-lama bercantum pula prb orang yg bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan; isi lemak dapat ke orang, tulang ~ pulang ke kita prb yg baik-baik dapat oleh orang, yg tidak berharga bagi kita; terlayang-layang bagai ~ sehelai prb ringan pd pandangan orang kerana hina (anak yatim atau orang dagang);sebulu 1. mempunyai bulu yg sama (serupa); 2. ki sehaluan, sepakat, setuju: ia tidak ~ dgn abangnya;kesebuluan perihal sebulu (sehaluan, setuju, dll): Sunarto bertanya dgn suaranya menampakkan tidak ~nya terhadap Abd. Fakar;berbulu mempunyai bulu; ~ hati tidak baik hati, dengki; ~ mata melihat benci (tidak suka) melihat; kepala sama ~, pendapat berlain-lain prb lain orang lain fikirannya; tiada ~ lagi prb tiada mempunyai apa-apa lagi (sudah miskin sekali). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
erectile | erektil | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan keupayaan untuk menjadi tegak, keras dan tegar. |
humour appeal | pemikat lucu | Komunikasi | Korporat | Usaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan komedi. Aspek komedi atau lucu boleh diwujudkan dalam bentuk positif dan negatif. Unsur kelucuan tersebut termasuklah kenyataan dan gelagat kehidupan sebenar yang melucukan. Aspek kelucuan ini dipaparkan dalam bentuk penulisan atau lakonan,sama ada menggunakan pelakon sebenar atau animasi. Contoh iklan lucu positif ialah iklan yang memaparkan tingkah laku kanak-kanak yang bermain tanah sehingga mencomotkan pakaian dan wajah mereka. Gelagat mereka yang takut dimarahi oleh ibu masing-masing mewujudkan rasa kelucuan dalam kalangan khalayak. Unsur positif dalam iklan ini ialah terdapatnya keriangan dan bebas dalam kalangan kanak-kanak yang sedang bermain. Contoh iklan lucu negatif pula ialah iklan yang memaparkan remaja obes menggunakan gel rambut yang tidak berjenama sehingga rambutnya menjadi tegak dan keras. Apabila menggunakan gel rambut yang diiklankan, rambut remaja kembali rapi dan kelihatan lebih tampan dan bergaya. Aspek negatif dalam iklan ini ialah terdapatnya unsur menyindir watak remaja obes. |
heterogenous ray | ruji heterogen | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ruji dalam kayu keras yang tisunya terdiri daripada sel ruji melintang dan sel ruji tegak, atau sel ruji melintang dan sel ruji segiempat. |
edge runner | pelari tepi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Pengisar atau penghancur jenis putaran yang dilengkapi penggelek tegak. Penggelek ini berputar di dalam bekas rata berpermukaan bulat yang diperbuat daripada batu atau besi. Bahan yang hendak dikisar atau dihancurkan diletakkan di dalam ruang longkang atau alur bekas bulat. Pengisar ini digunakan untuk menghancurkan bijih dan sebarang bahan keras. Pelari tepi dikenali juga sebagai mesin atau pengisar Chile kerana sering ditemui di Amerika Selatan pada zaman dahulu. |
plywood | papan lapis | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu yang memiliki beberapa lapis venir kayu nipis yang dimampatkan bersilang di antara satu lapisan dengan lapisan yang lain. Lapisan ini dicantumkan menggunakan bahan perekat. Terdapat juga lapisan yang digabungkan di antara venir kayu dengan lapisan papan zarah kayu. Bagi tujuan pembinaan yang khusus, setiap lapisan ira kayu disusun bertindih antara satu sama lain secara serenjang atau tegak lurus. Kayu keras yang digunakan adalah daripada spesies yang sama dan mempunyai ketebalan sekata. Biasanya, jumlah lapisan adalah ganjil. |
Kamus Sains.indb 1 A programming language (bahasa pengaturcaraan A) Bahasa pengaturcaraan paras tinggi yang dapat memudahkan penggunaan no- tasi matematik dan penyelenggaraan tatasusunan. Singkatan APL. (KOM) abduct (abduk) Perihal menggerakkan sesuatu anggota dari arah satah median tubuh, atau jari-jari dari garis paksi anggota. (UBAT) abductor (abduktor) Otot yang mengabdukkan sesuatu iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10
|
Kamus Thai 2.indb tum pah darahnya. จงอาง [coa:] น ular tedung selar จด 1 [cot] ก 1 bersempadan dengan: ภาคเหนือของประเทศไทยจดกับประเทศลาวและ พม ่ าที่ จังหวัดเชียงราย Bahagian Utara Ne gara Thai bersempadan dengan Laos dan Myanmar di wilayah Chiangrai. 2 sampai: ระยะทางจากเหนือจดใต ้ ของประเทศ ไทยราว ๆ 2000 กม. Jarak dari utara sam pai ke selatan Thai kira-kira 2000 km. จดจ ้ อง [-c: ก membelenggu: จริยศาสตร ์ จอง Kamus Thai 2.indb 103 4/15/2008 11:05:44 AM จ 104 พัสดีเรือนจำออกคำส ั ่งให ้ จองจำนักโทษประหาร Penguasa penjara mengeluarkan perintah membelenggu dan menahan penjenayah yang akan dihukum mati. = จำจอง จองล ้ างจองผลาญ [-la:-pla:n] ก mem balas dendam: คนงานจองล ้ างจองผลาญ นายจ ้ างที่ ข ่ มขืนภรรยาของเขา Seorang buruh membalas
|
Kamus Thai 2.indb raucai] ว memberangsangkan: จังหวะดนตรีนั้ นเร ้ าใจ Irama muzik itu sa ngat memberangsangkan. เริม [r:m] น kayap เริ่ม [r:m] ก bermula: งานแสดงศิลปะและ วัฒนธรรมเริ่ มในวันที่ 18 สิงหาคม Pesta Seni dan Kebudayaan bermula pada 18 Ogos. เรียก [ri ak] ก memanggil: อามีนะห ์ เรียก ลูกของเธอ Aminah memanggil anaknya. เรียกร ้ อง [-r:ng] ก menuntut: ผู ้ ประท ้ วง านน ้ ำชา Dia turun dari keretanya lalu ke kedai kopi. ลงกลอน [-kl:n] ก menyelak: เราลงกลอน ประตูและหน ้ าต ่ างก ่ อนเข ้ านอน Kami me- nyelak pintu dan jendela sebelum masuk tidur. ลงขัน [-kan] ก menyumbangkan wang beramai-ramai ลงข ่ าว [-ka:w] ก menyiarkan berita: หนังสือพิมพ ์ ไทยรัฐวันนี้ ลงข ่ าวคลื่ นยักษ ์ สึนามิ Akhbar Thai |
|
|