Pantun |
Sumber |
Tema |
Ambillah kayu buatlah dapur, Dapur dipakai tempat memasak; Ambillah guru bersifat jujur, Jujur perangai selamat awak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tabiat Melayu pantang mengiri, Sesama umat berkata jujur; Sepakat Melayu petang dan pagi, Siapa khianat dia kan hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat rakyat pun taat, Pemimpin elok berkata jujur; Rosak adat rakyat khianat, Pemimpin teruk lidah terjulur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Api dapur buat memasak, Memasak kuah untuk tenguli; Hati jujur sifatnya bijak, Bijak lidah eloklah budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah nangka di tepi tebat, Buah duku disangka jering; Disangka jujur hati sahabat, Rupanya menikam kawan seiring. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Besar buah kerana subur, Bila masak tentu perisa; Benar petuah berkata jujur, Bila tidak tentu binasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kusangka aur di tanah seberang, Rupanya tebu tumbuh di busut; Disangka jujur hati orang, Rupanya muslihat mencapai maksud. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bila lancang sudah bocor, Pasti berbahaya ke laut lepas; Apabila abang berkata jujur, Pasti menjawab ikhlas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Labu manis dibuat dibuat sayur, Rasa perisa bukan kepalang; Laku manis sifat pun jujur, Ke mana saja disegani orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| jujur (adjektif) | Bersinonim dengan lurus hati, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, suci hati, putih hati, benar, boleh dipercayai, mukhlis, sadiq, mustakim;, | | Kata Terbitan : kejujuran, |
|
Puisi |
---|
|
Buah nangka di tepi tebat, Buah duku disangka jering; Disangka jujur hati sahabat, Rupanya menikam kawan seiring.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 6 The apple never falls far from the tree Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful. Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|