Pantun |
Sumber |
Tema |
Hendakku raut juga, kuraut juga, Ikan parang kati, jual berkati; Hendak kusahut juga, ku sahut juga, Takut Mak Gendang hati, berkecil hati. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Tahu juga padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Tahu juga orang tak sudi, Balas juga jangan tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pulau Pandan ke tengah, jauh ke tengah, Gunung Daik tiga, bercabang tiga; Hancur badan tanah, dikandung tanah, Budi baik juga, dikenang juga. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Begitu juga keropok tenggiri, Hasil produk ahli pesara; Itulah wajah anak Negeri, Setia berkorban untuk Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Singgah juga di Bandar Miri, Di jalan raya berjual ragi; Kelak dikenang di belakang hari, Budaya kita dijulang tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bawa juga belat dan bubu, Dapat seekor ikan parang, Di hadapan isteri disebut babu, Tengah malam disebut sayang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Boleh juga belayar kapal, Patah galah apa galahnya? Boleh juga bertukar pakai, Kalau bujang apa salahnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Seburuk-buruknya helang, Ada juga bulunya; Seburuk-buruknya orang, Ada juga aib malunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata juga |
|
Puisi |
---|
|
Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam.
Lihat selanjutnya... |
|