Pantun |
Sumber |
Tema |
Adat resam kata orang, Ada hukum dengan undangnya; Ada faham lembaga terang, Sama maklum pantang orangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bukit Putus berkeluang, Direndang jagung dihangusi; Hukum putus badan terbuang, Dilihat kampung ditangisi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Belum jatuh sudah berdetak, Detak mengirai balik berbalik; Hukum jatuh benar terletak, Gelak berderai timbal balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Timah peteri dengan besi, Dicantum dengan paku Belanda; Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau pasang air di laut, Mahukah kita kail gelama? Sampai hukum ajal dan maut, Mahukah kita mati bersama? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan mudah orang berhelat, Kaum kerabat harus dijemput; Bukan mudah memegang adat, Hukum muafakat harus diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau helat hendak ramai, Sebelum berhelat orang dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Hukum diingat undang diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat batu ia berdekak, Adat besi ia berdencing; Ada dipalu tahan asak, Hukum jatuh tahan banding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Putus gading bersekat-sekat, Belum jatuh sudah retak, Putus runding kerana muafakat, Hukum jatuh benar terletak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Orang beradat fikiran panjang, Sebelum bertindak ditimbang dulu; Membuang adat jalan menyimpang, Hukum rosak hilanglah malu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Puisi |
---|
|
Timah peteri dengan besi, Dicantum dengan paku Belanda; Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda.
Lihat selanjutnya... |
|