Pantun |
Sumber |
Tema |
Timah peteri dengan besi, Dicantum dengan paku Belanda; Hukum berdiri dengan saksi, Adat berdiri dengan tanda. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau tak terjerang dengan pulut, Terpaksa dikerang dengan empingan; Kalau tak terlarang dengan mulut, Terpaksa dilarang dengan tangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tak masuk dengan pahat, Terpaksa ditukul dengan besi; Kalau tak masuk dengan nasihat, Terpaksa dipukul sampai Iesi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dengan bismillah pembuka citra, Jari disusun memohon maaf; Jika sumbang tersalah bicara, Maaf saudara hamba mengharap. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Cedok air dengan baldi, Cedok nasi dengan senduk; Baik dibawa resmi padi, Semakin berisi semakin tunduk. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Soldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ketuku batang ketakal, Tiga batang keladi moyang; Sesuku dengan seasal, Senenek dengan semoyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pisau peraut baru bertuang, Beri bertali rotan saga; Rantau diturut dengan undang, Negeri dihuni dengan lembaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau rumput daunnya lebat, Kalau lalang laga-berlaga; Kalau jemput dengan adat, Kalau memulangkan dengan lembaga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pisau pengukur dara randa, Kupas nanas di atas geta; Sudah ukur dengan kakanda, Macam emas dengan permata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dengan |
|
Puisi |
---|
|
Soldadu bercampur dengan lokan, Rambutan bercampur dengan pulasan; Kera lotong tak lalu makan, Tupai membawa diri di dahan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 85 You can catch more flies with honey than with vinegar Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu) Sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar. Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, sembelih ayam dengan pisau, sembelih orang dengan kapas. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|