Pantun |
Sumber |
Tema |
Bawa juga belat dan bubu, Dapat seekor ikan parang, Di hadapan isteri disebut babu, Tengah malam disebut sayang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pergi mengail diwaktu pagi, Bawa juga belat dan bubu; Tidak mustahil di waktu ini, Tuan beradu di katil babu. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kalau ditegang jerami sianit, Keratlah juga berhemat-hemat; Kalau ditimbang bumi dan langit, Beratlah juga Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Minumlah kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juga; Jikalau sudah hati gila, Jahat dan baik kutolong juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah papaya buah nanas, Masak sebiji seri gading; Sungguh saya buaya ganas, Pilih juga darah dan daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah bacang masak setangkai. Elok dibuat sambal belacan; Sudah kujelang teluk dan pantai, Adik tak juga mengirim pesan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Lurus kayu menjadi tiang, Tiang bendera dan panji-panji; Tulus hatiku meminang abang, Abang juga mungkirkan janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sungguh periang orang bersuling, Pagi dan petang bersuka ria; Sungguh menyayang orang sumbing, Dimarahi orang tertawa juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang naik terus ke atas, Pergi untuk melapangkan dada; Orang baik tulus dan ikhlas, Laki bangkok ditimangnya juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dan juga |
|
Puisi |
---|
|
Orang Cina juga Melayu, Juga Jepun tak jadi bertanam; Apa kena bungaku layu, Bunga ditunggu salah ditanam.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 318 If you lie down with dogs, you'll get up with fleas Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama. Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities. Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|