Pantun |
Sumber |
Tema |
Kami dipindah ke Kem Seberang, Cukup makan cukup kenyang; Kini aku tinggal seorang, Saudara Malaysia saudara penyanyang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Cukup tahun jualan murah, Kain berlonggok berguni-guni; Jati diri tidak rasuah, Susah dicari di masa ini. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Cukup sudah orang beramu, Hingga petang barulah sudah; Hidup susah dagang piatu, Di manakan abang mahu menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cukup panjang tali timba, Susah diukur susah didepa; Ulat bergulung di hutan rimba, Rezeki nak putus dari saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Cukup wangi bunga kesidang, Makin pagi makin berbau; Berapa tinggi Gunung Ledang, Sudah daki baru tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cukup ramai orang di kampung, Tengok orang berjual kain; Sungguh garang ayam di kampung, Denak di hutan terkamnya lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Cukup berani anak singa, Cari makan di tengah laman; Niat hati mahu pakai bunga, Cuba-cuba masuk di taman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah cukup padi di ladang, Hilanglah penat orang bekerja; Kalaulah hidup berkasih sayang, Hilanglah sifat saling sengketa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah cukup padi di ladang, Tahun ke tahun tidakkan lapar; Kalaulah hidup berkasih sayang, Turun-temurun takkan terlantar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah cukup padi di ladang, Tahun ke tahun senanglah makan; Kalaulah hidup berkasih sayang, Turun-temurun senanglah badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |